NaDi Ku..

Wednesday, May 26, 2010


 

 KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM


 1. Membaca al- Quran “Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh.” (Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas’ud)  

*1 hari/ 1 juzuk.

*4m/s setiap kali selepas solat fardhu
(4x5=20m/s)

*Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam sekali sebulan.

2. Memperelok bacaan al-Quran Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran.
(Surah al-Nisa’ 4:82)

*Bincang dalam halakah

*Ajar masyarakat selepas maghrib

3. Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.
(Hummat al-Islam)

*Menghafaz 40 hadis.

*(Arba’un al-nawawiyyah) Risalah usul al-aqa’id.

Risalah furu’ (fiqah). Di dalam kitab dan sunah terdapat petunjuk.

Di dalam sirah terdapat al- qudwah.

*Bincang dalam halakah.

*Bercerita kepada kanak-kanak sebelum mereka tidur (jika sudah punya anak-anak).

4. Menjaga kesihatan ”Dan seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan.”
(Riwayat Muslim) 

1. Minum air masak 8 gelas sehari:

- 2 gelas di waktu Subuh

- 2 gelas di waktu Zuhur

- 2 gelas di waktu Asar

- 2 gelas di waktu malam

2. Riadah ringan 10 minit/hari.

5. Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll). Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.

*Minum susu + madu sebelum tidur.

*Abaikan rokok, dadah, dll.

6. Menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, makanan, tubuh badan, tempat kerja. “Allah itu cantik. sukakan kecantikan.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

*Membersih setiap hari.

*Menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.

7. Bercakap benar, tidak berdusta. ”Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.” Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya, dusta pada orang yang mendengar) dalam 3 perkara :

*Peperangan

*Mendamaikan manusia

*Mengambil hati suami/isteri

Alhamdulillah..Sedikit peringatan kita bersama-sama untuk terus menjaga iman dan amal..InsyaALLAH..

Bahagian kedua akan menyusul..=)

Sumber : Buku Fatimah Syarha
i luv islam =)






Saturday, May 8, 2010

Cinta itu Milik ALLAH SWT

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua..salam ukhwah dan salam sayang hanya kerana ALLH SWT..

Alhamdulillah..persahabatan yang untuh hanya atas nama ALLAH SWT, untuk ALLAH SWT dan kerana ALLAH SWT..

Semuanya bermula dengan lafaz suci dan cinta murni yang diterbitkan oleh ALLAH SWT..cinta agung..

" Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"..

Dikuatkan semangat untuk teruskan blog ini, alhamdulillah.. Sedikit catitan dari hamba ALLAH SWT yang baru mengenal hidup yang betul-betul menuju redha ALLAH SWT..

Sahabat, persahabatan adalah nilai yang tak terhingga ALLAH SWT kurniakan kepada kita semua kan..hati ini sentiasa mengingati setiap sahabat yang dikenali..insyaALLAH..mudah-mudahan ukhwah yang terjalin akan kekal sampai syurga sana..amin


Doaku sentiasa untuk sahabat-sahabat yang sentiasa diingati..

" Ya ALLAH, insan ini amat penting dalam hidupku. Sahabat ku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya ALLAH, silaturrahim kami ukhwah fillah. Bermusuh kami nauzibillah min zalik. Berpisah mati, insyaALLAH pengubat hati doa rabitah. Ya ALLAH, rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata, temukan semula di Taman Syurga..amin

Doakan kami..hidup ini ada hikmahnya kan..=)

Pages