NaDi Ku..

Tuesday, November 2, 2010

Solatku



Si kecil belajar solat..tidak kah si dewasa mahu macam ini????

Hidup ini banyak dugaan nya..
melainkan ada hamba yang sabar dan redha..
Hidup ini hanya sementara..
tetapi apa yang kita cari dan terus mencari untuk terus hidup..

Jawapan nya ada dalam diri kita sendiri..

Teruskan Mencari..
dan mencari..
Adakah dapat dirasainya..

Cinta Ilahi..
Cinta Rasul..
Cinta Mak Ayah..
Cinta Suami..
Cinta Isteri..
Cinta Sahabat..
Cinta Keluarga..
Cinta Dunia..
Cinta Akhirat..

Ya Allah..cintaku hanya untuk Mu..ameen..

" Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi dan Maha Agung "..

Dialah kekasih Ke-3

                                         Seindah bunga sakura =)

Bismilahirrahmanirrahim..

"Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai ALLAH SWT. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa ALLAH SWT, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. " Dibesar dan dijaga"..

Subhanallah..kata-kata yang mengajar kita untuk menyayangi..

Diriku terfikir, kenapa anak-anak sekarang begitu ramai menyalahkan ibubapa mereka sendiri atas kesilapan didikan..TIDAK!!Nauzubillah min zalik..Semuanya bermula dengan lahirnya kita, tumbuhnya benih dalam rahim mak kita..tidakkah kita terfikir kenapa mak melahirkan kita sebenarnya..Kasih sayang mak sebenarnya sudah terpancar dalam hati sucinya sejak kita belum ada lagi..

Lihatlah secara mata hati..kasih sayang makayah kita sangat kuat dan tulus di hati..mereka tidak meminta balasan mahupun harta, tetapi mereka mahu kan kasih sayang anak-anak..kita sebagai anak janganlah sesekali terus menyalah kan mereka..ini kehidupan di dunia, hanya sementara..
Terasa rindu yang amat sangat kepada makayah..bukan kadang-kadang..jika difikirkan diri ini macam hipokrit tetapi hati kita tidak boleh menipu..jangan sesekali menindak ape yang terbit di dalam hati..mungkin ramai anak-anak tidak nampak kesan kasih sayang makayah mereka jika diri kita sendiri tidak mahu bersangka baik kepada makayah kita sendiri..

Berpandukan sifat dalam diri kita sendiri..apakah kita sanggup membiarkan makayah kita hidup tanpa mengetahui isi hati kita yang sebenarnya..mereka sudah tua, hargailah mereka walaupun mereka bukan pandai berkata-kata manis (seperti kekasih hati)..tetapi kasih sayang mereka sangat kuat dan mampu mengubat penyakit yang kita alami..tidak percaya??

Melalui sentuhan dan senyuman mereka, hilanglah resah dan sakit pada kita..lihat wajah makayah kita akan dapat pahala dan ketenangan..

Ingatlah..jasa makayah adalah jasa yang paling murni di sisi ALLAH SWT..
Doakan mereka agar kita dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..ameen

Tidak kah kita mahu berjumpa mak ayah di syurga nanti..

Jadi, fikir kan yang mana baik dan buruk agar doa kita untuk berjumpa mak ayah di syurga nanti dimakbulkan oleh ALLAH SWT..ameen=)







Pages