NaDi Ku..

Saturday, May 8, 2010

Cinta itu Milik ALLAH SWT

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua..salam ukhwah dan salam sayang hanya kerana ALLH SWT..

Alhamdulillah..persahabatan yang untuh hanya atas nama ALLAH SWT, untuk ALLAH SWT dan kerana ALLAH SWT..

Semuanya bermula dengan lafaz suci dan cinta murni yang diterbitkan oleh ALLAH SWT..cinta agung..

" Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"..

Dikuatkan semangat untuk teruskan blog ini, alhamdulillah.. Sedikit catitan dari hamba ALLAH SWT yang baru mengenal hidup yang betul-betul menuju redha ALLAH SWT..

Sahabat, persahabatan adalah nilai yang tak terhingga ALLAH SWT kurniakan kepada kita semua kan..hati ini sentiasa mengingati setiap sahabat yang dikenali..insyaALLAH..mudah-mudahan ukhwah yang terjalin akan kekal sampai syurga sana..amin


Doaku sentiasa untuk sahabat-sahabat yang sentiasa diingati..

" Ya ALLAH, insan ini amat penting dalam hidupku. Sahabat ku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya ALLAH, silaturrahim kami ukhwah fillah. Bermusuh kami nauzibillah min zalik. Berpisah mati, insyaALLAH pengubat hati doa rabitah. Ya ALLAH, rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata, temukan semula di Taman Syurga..amin

Doakan kami..hidup ini ada hikmahnya kan..=)

No comments:

Pages