NaDi Ku..

Friday, October 14, 2011

Khabar Baru =)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh semua..

Sedikit coretan untuk khabar baru idah=)

         Sudah lama tak menulis..nak kena segarkan ingatan semula nie=)..baru selepas bersalin..mengandung 10 bulan ( 36 minggu + 4 minggu dr tarikh jangka mengandung )..alhamdulillah idah dikurniakan seorang mujahid yang sangat2 comel..hehehe..alhamdulillah kepada Ilahi..nama pun diberi sempena Islam, suami pun sokong=)..hidup kena untuk ALLAH SWT kn3..Muhammad Mujahid bin Mohd Saufi..Mujahid Ummi dan Abi..time mengandung alahan begitu teruk..blog pun xtulis..xbuka pun..hehe..tp ALLAH SWT itu tahu ape yang terbaik untuk hamba2NYA..walaupun diri ini kadang2 lemah tp hati ini tetap seperti dulu..hehe

         Time alahan lemah..time bersalin lemah kit..time pantang kuat jaga mujahid..time cuti seronok duduk dengan mujahid..time kerja rindu pada mujahid..semua kerana ALLAH SWT..xrase pun diri ini lemah tp diri ini memang kuat taw..ALLAH SWT tahu..bila diingatkan kembali semua itu..alhamdulillah semua itu idah dapat tempuhinye dengan izin ALLAH SWT..alhamdulillah =)

        Hidup ini singkat sahaja..jd idah nak perbetulkan semua yang idah tinggalkan dulu time mengandung..lemah..tidur banyak so idah nak kembali kepada Fitrah idah yang ALLAH SWT bagi pada diri ini..insyaALLAH..

      Suami ku..anakku.. Mohd Saufi Zahari dan Muhammad Mujahid..Ummi sayang kamu untuk selama-lamaya..doa ummi sentiasa untuk kalian..hingga ketemu di syurga..amin..FILLAH..LILLAH..I SHE TERU FILLAH..MMUUAAAHH

                                                           Cinta untuk ALLAH SWT..=)

Nanti idah coretkan kisah2 idah yea..insyaALLAH

Tuesday, November 2, 2010

Solatku



Si kecil belajar solat..tidak kah si dewasa mahu macam ini????

Hidup ini banyak dugaan nya..
melainkan ada hamba yang sabar dan redha..
Hidup ini hanya sementara..
tetapi apa yang kita cari dan terus mencari untuk terus hidup..

Jawapan nya ada dalam diri kita sendiri..

Teruskan Mencari..
dan mencari..
Adakah dapat dirasainya..

Cinta Ilahi..
Cinta Rasul..
Cinta Mak Ayah..
Cinta Suami..
Cinta Isteri..
Cinta Sahabat..
Cinta Keluarga..
Cinta Dunia..
Cinta Akhirat..

Ya Allah..cintaku hanya untuk Mu..ameen..

" Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi dan Maha Agung "..

Dialah kekasih Ke-3

                                         Seindah bunga sakura =)

Bismilahirrahmanirrahim..

"Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai ALLAH SWT. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa ALLAH SWT, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. " Dibesar dan dijaga"..

Subhanallah..kata-kata yang mengajar kita untuk menyayangi..

Diriku terfikir, kenapa anak-anak sekarang begitu ramai menyalahkan ibubapa mereka sendiri atas kesilapan didikan..TIDAK!!Nauzubillah min zalik..Semuanya bermula dengan lahirnya kita, tumbuhnya benih dalam rahim mak kita..tidakkah kita terfikir kenapa mak melahirkan kita sebenarnya..Kasih sayang mak sebenarnya sudah terpancar dalam hati sucinya sejak kita belum ada lagi..

Lihatlah secara mata hati..kasih sayang makayah kita sangat kuat dan tulus di hati..mereka tidak meminta balasan mahupun harta, tetapi mereka mahu kan kasih sayang anak-anak..kita sebagai anak janganlah sesekali terus menyalah kan mereka..ini kehidupan di dunia, hanya sementara..
Terasa rindu yang amat sangat kepada makayah..bukan kadang-kadang..jika difikirkan diri ini macam hipokrit tetapi hati kita tidak boleh menipu..jangan sesekali menindak ape yang terbit di dalam hati..mungkin ramai anak-anak tidak nampak kesan kasih sayang makayah mereka jika diri kita sendiri tidak mahu bersangka baik kepada makayah kita sendiri..

Berpandukan sifat dalam diri kita sendiri..apakah kita sanggup membiarkan makayah kita hidup tanpa mengetahui isi hati kita yang sebenarnya..mereka sudah tua, hargailah mereka walaupun mereka bukan pandai berkata-kata manis (seperti kekasih hati)..tetapi kasih sayang mereka sangat kuat dan mampu mengubat penyakit yang kita alami..tidak percaya??

Melalui sentuhan dan senyuman mereka, hilanglah resah dan sakit pada kita..lihat wajah makayah kita akan dapat pahala dan ketenangan..

Ingatlah..jasa makayah adalah jasa yang paling murni di sisi ALLAH SWT..
Doakan mereka agar kita dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..ameen

Tidak kah kita mahu berjumpa mak ayah di syurga nanti..

Jadi, fikir kan yang mana baik dan buruk agar doa kita untuk berjumpa mak ayah di syurga nanti dimakbulkan oleh ALLAH SWT..ameen=)







Wednesday, May 26, 2010


 

 KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM


 1. Membaca al- Quran “Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh.” (Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas’ud)  

*1 hari/ 1 juzuk.

*4m/s setiap kali selepas solat fardhu
(4x5=20m/s)

*Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam sekali sebulan.

2. Memperelok bacaan al-Quran Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran.
(Surah al-Nisa’ 4:82)

*Bincang dalam halakah

*Ajar masyarakat selepas maghrib

3. Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.
(Hummat al-Islam)

*Menghafaz 40 hadis.

*(Arba’un al-nawawiyyah) Risalah usul al-aqa’id.

Risalah furu’ (fiqah). Di dalam kitab dan sunah terdapat petunjuk.

Di dalam sirah terdapat al- qudwah.

*Bincang dalam halakah.

*Bercerita kepada kanak-kanak sebelum mereka tidur (jika sudah punya anak-anak).

4. Menjaga kesihatan ”Dan seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan.”
(Riwayat Muslim) 

1. Minum air masak 8 gelas sehari:

- 2 gelas di waktu Subuh

- 2 gelas di waktu Zuhur

- 2 gelas di waktu Asar

- 2 gelas di waktu malam

2. Riadah ringan 10 minit/hari.

5. Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll). Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.

*Minum susu + madu sebelum tidur.

*Abaikan rokok, dadah, dll.

6. Menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, makanan, tubuh badan, tempat kerja. “Allah itu cantik. sukakan kecantikan.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

*Membersih setiap hari.

*Menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.

7. Bercakap benar, tidak berdusta. ”Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.” Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya, dusta pada orang yang mendengar) dalam 3 perkara :

*Peperangan

*Mendamaikan manusia

*Mengambil hati suami/isteri

Alhamdulillah..Sedikit peringatan kita bersama-sama untuk terus menjaga iman dan amal..InsyaALLAH..

Bahagian kedua akan menyusul..=)

Sumber : Buku Fatimah Syarha
i luv islam =)






Saturday, May 8, 2010

Cinta itu Milik ALLAH SWT

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua..salam ukhwah dan salam sayang hanya kerana ALLH SWT..

Alhamdulillah..persahabatan yang untuh hanya atas nama ALLAH SWT, untuk ALLAH SWT dan kerana ALLAH SWT..

Semuanya bermula dengan lafaz suci dan cinta murni yang diterbitkan oleh ALLAH SWT..cinta agung..

" Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"..

Dikuatkan semangat untuk teruskan blog ini, alhamdulillah.. Sedikit catitan dari hamba ALLAH SWT yang baru mengenal hidup yang betul-betul menuju redha ALLAH SWT..

Sahabat, persahabatan adalah nilai yang tak terhingga ALLAH SWT kurniakan kepada kita semua kan..hati ini sentiasa mengingati setiap sahabat yang dikenali..insyaALLAH..mudah-mudahan ukhwah yang terjalin akan kekal sampai syurga sana..amin


Doaku sentiasa untuk sahabat-sahabat yang sentiasa diingati..

" Ya ALLAH, insan ini amat penting dalam hidupku. Sahabat ku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya ALLAH, silaturrahim kami ukhwah fillah. Bermusuh kami nauzibillah min zalik. Berpisah mati, insyaALLAH pengubat hati doa rabitah. Ya ALLAH, rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata, temukan semula di Taman Syurga..amin

Doakan kami..hidup ini ada hikmahnya kan..=)

Pages